27 June 2011

CINTA ITU LOVE


assalammualaikum readers!

before baca post aku yang ni, silalah pilih lagu mana yang korang berkenan,sedap tau, aku prefer num 2 tu, heee ENJOY!

yang ni atau...



today, aku nak mengupas satu isu yang biasa dan sesuatu yang kita suka, (maaf ayat intro aku memang tak boleh belah skema).aku confirm korang tahukan , yeahh its all about LOVE.
sekarang ni kalau korang tengok budak-budak tadika pun dah tahu bercintakan.tapi at that level we do not call it love, kalau kat situ more to friendship.so guys pada korang whats is mean by LOVE??

maybe ada yang cakap:

@bila kita cakap i love you ,tu la love

@kita asyik teringat dekat org tu sepanjang masa.

and many morekan, korang pun ada jawapan for that.

cinta(aku prefer guna love)love ni something yang subjective and universal.Love ni ada sejak kita lahir ke dunia lagi, yeahh sebab tgk kita kecik-kecik dah tahu sayang parents kita...kalau diorang tak ada kita menangis, love ni sebenarnya mahal,bukan semua orang dapat love,bukan semua orang dapat mencintai dan dicintai.


love is beautiful, yes of course kita tak boleh nampak love tu, tapi kita dapat rasa love tu mcm mana, betul tak??tapi love is killing kalau kita salah gunakan love.

cinta itu mengharapkan balasan.cinta yang menerima balasan akan lebih indah, tapi cinta yang tidak berbalas akan menyembabkan hati kita pedih, sebenarnya kita tak sedar, yang pedih itulah love..love tak semestinya happy...tak sentiasa bahagia, tak sentiasa berbalas...

cinta tak semestinya cinta kepada manusia,tapi cinta pada maha pencipta, cinta kepada haiwan,cinta kepada alam,so cinta memang universal.

love is not blind, tapi orang yang bercinta tu yang buta disebabkan cinta...cinta itu perlukan pengorbanan,tapi korang jgn nak korbankan maruah dan keluarga korang hokey!

pada aku love ni terjadi bila:

#1:kita ada list lelaki idaman/wanita idaman tapi someone yang kita loved tu tak ada pun ciri-ciri idaman kita tu, kalau ada pun 1/2 mcm tu.

#2:orang yang kita loved tu buat kita gembira,eksited,sedih,menangis<----thats what we call love.

#3:kita boleh terima baik buruk seseorang yang orang lain tak boleh nak terima

#4:kita sanggup berubah untuk orang yang kita love, yeah for example, kalo before this kita kaki smoke,so partner kita tak suka kita smoke kita akan berusaha untuk berhenti....


love is not hurting kalau kita pandai menjaganya....memang betul kita akan di uji dengan pelbagai ujian , tapi ingat semua tu adalah ujian untuk menguji tahap cinta kita pada seseorang.




ada banyak jenis cinta antara yang feymes:

@cinta monyet
ni bukan monyet yang bercinta tetapi ini adalah cinta remaja, cinta time sekolah, kebanyakan cinta monyet selalunya terkandas, tetapi tak di nafikan ada jugak yang berjaya.selalunya cinta monyet ni sebenarnya perasaan ingin mencuba kita terlalu meninggi, bila tgk kawan kita kapel, kita pun teringin nak ada, even sebenarnya kita tak cinta pun org tu, tapi itulah lumrah remaja, sentiasa ingin mencuba.kita biasanya tak fikir panjang yang dekat universiti, kolej tempat kerja banyak lagi pilihan yang boleh buat rambang mata , hehehe

@cinta sejati
ermmm yang ni maybe cinta dekat u atau kolej KOT, hahaha aku highlight KOT sebab yelah its all Allah works kan, selalunya cinta sejati ni more to jodohlah, ada yang kapel kat U sekali clash and kawin dengan orang lain, tapi dah jodoh after kawin maybe cerai dan kawin balik dengan kapel dekat U tu kan, tulah baru cinta sejati namanya.

hokey tu jelah pendapat aku pasal LOVE ni, pada aku LOVE is sweet, korang pulak???




26 June 2011

KENAPA LELAKI CURANG??

assalammualaikum readers!

Pernah tak korang terfikir, kenapa lelaki curang?… Adakah mungkin kerana perempuan lain lebih hot lagi?

Ramai perempuan menjawab,

“Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!”

Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan perempuan merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

pada aku, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.

“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”

memang macam tuuttttt


You know, kadang-kadang tu aku seniri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan,

“I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari 'Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan alasan basi yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa first-first kapel and masih cintan-cintun…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”

alahai sweetnya dia...maniskan kurma itu

Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…


“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”


Aiih…cepat bebenor berubahnya ya… Tapi relax arrr…bukannya aku nak menyalahkan sesiapa cuma aku seniri curious and wondering, why do men cheat on women?!
mungkin perempuan dah lali dengan tagline ni
kami insan lemah,
=..=

Tidak ingatkah janji korang pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan perempuan?…Ada aku tanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam.

“Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”

Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?”

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi aku kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”

”Ai, Encik Tam…biar betul!”

“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

korang berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila korang bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…korang akan JEMU jugak akhirnya.

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah perempuan yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!





Nasihat aku kepada lelaki :

Carilah wanita yang benar-benar korang suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang korang akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then aku pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.
jangan nak gelak sangat dekat aku noooo

Nasihat aku kepada yang sejenis :

Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan korang agar pasangan korang tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan korang tuuu…

Alright semua…so, apa pendapat korang?…tak kisahlah apa pun pendapat korang, asalkan korang hepi