20 June 2011

CINTA TERAGUNG #22


Edry membuat keputusan untuk tinggal dirumah bapanya.Sekurang-kurangnya ada juga yang boleh menengok-nengokkan Sara ketika dia pergi ke pejabat.Papanya sekarang tiada di Malaysia kerana menguruskan cawangan syarikat mereka di Melbourne selama 6 bulan.

Hati Sara geram.Dia berasa bosan duduk dirumah manghadap muka Edry.Sara sentiasa menjauhkan dirinya,ketika diruang rehat tingkat atas dan Edry datang Sara melarikat dirinya ke ruang tamu di tingkat bawah.Apabila lelaki itu duduk di sebelahnya tidak lama kemudia Sara bingkas bangun menuju ke dapur.

"Mak Siti masak apa ni??"tanya Sara

"ni laksa utara,tuan kata Sara suka makan laksa utara ni."

Sara tiba-tiba menekup hidung dan mulutnya kelam kabut dia meninggalkan dapur.tiba-tiba tekaknya berasa loya mencium bau masakan.sempat juga dia mencapai sebiji buah oren di atas meja makan dan bergegas mendaki tangga...Edry hanya memerhatikan dengan perasaan bimbing.dia bimbang sikap tidak berhati-hati Sara ketika mendaki tangga akan menyebabkan dia terjatuh.

Selepas selesai memuntahkan segala isi yang ada di dalam perut,Sara berbaring di katil sambil menghidu-hidu kulit buah oren sehingga rasa loyanya berkurangan,nampaknya laksa utara kegemaranya terpaksa dilupakan buat masa ini.

"Sara mari makan,"panggil Edry

"peninglah"jawab Sara sepatah

"sebab peninglah kena makan.kalau tak mahu bangun,abang dukung...."Edry sudah menyauk tubuhnya pantas Sara menepis tangan itu.

"jgn nak paksa org."Sara menggagahkan diri bangun.Edry hanya tersenyum....

pagi itu, Edry bersiap-siap untuk pergi ke pejabat.langkahnya terhenti apabila terlihat Sara bergegas kebilik air hingga menimbulkan perasaan bimbang dihati...Tiba-tiba pintu bilik air terbuka.wajah pucat itu terkejut melihat dia berdiri disitu.

"abg angkat yee??"pinta Edry tanpa menghiraukan gelengan isterinya.tubuh itu di cempung dan diletakkan di atas katil

"abg suruh mak Siti buatkan bubur ye??"Edry mngbil kesempatan.pipi yang pucat itu pantas dikucupnya...Sara segera berpaling....

Edry bergegas memberi arahan kepada mak Siti,dia kembali ke bilik tidurnya..dia merenung tubuh isterinya yang lemah di atas katil,simpatinya berlimpah-ruah,Edry duduk berhampiran Sara dan memicit-micit kepala Sara.Serta merta kelopak mata yang tertutup rapat itu terbuka lebar, lantas Sara menepis tangan suaminya.....

sempat Edry menangkap tgn itu,"Sara jgn macam ni.abg tahu Sara suka cara abg picit kepala Sara kan???rasa lega sikit betul tak??sakit sakit pun masih nak degil.diam-diam boleh tak???"bebel Edry

tgn Sara di lepaskan.tiada lg bantahan.mungkin sudah tiada kudrat melawan agaknya.Edry merenung lama wajah isterinya,kening Sara dikucupnya dengan penuh kasih sayang.

"shhhhh....mak Siti dtg tu."bisik Edry menunjuk ke arah pintu sebaik sahaja mata isterinya membulat tanda marah dengan perbuatanya.

Setekah menghabiskan semangkuk bubur barulah Sara berasa bertenaga.dia kini mengatur langkah untuk mandi,Edry pantas bangun sebaik sahaja terlihat Sara.Dia memeluk pinggang Sara.

"awak jgn nak sentuh saya boleh tak??"bisik Sara marah..

"sejak bila pulak suami tak boleh sentuh isterinya sendiri??mazhab mana Sara pakai???"Sara terdiam.dia berasa terpukul dgn kata-kata Edry.

"bagi saya. awak bukan lagi suami saya sejak awak kena tangkap basah tu.saya hanya akan menjalankan tugas melahirkan anak awak.dua bulan lepas tu tugas saya selesai dan saya nak awak bebaskan saya "tegas Sara

Edry tidak menyangka isterinya benar-benar serius

"kalau bukan kita kena tangkap basah haritu saya tidak akan berada disini menyusahkan diri mengandungkan anak awak ni"ujar Sara...

Edry menarik nafas panjang..

"jgn keterlaluan menguji kesabaran abg!!sabar abg pun ada hadnya."

Edry keluar meninggalkan Sara dalam bilik tersebut.

No comments: