24 June 2011

MACAM MANA NAK BUAT BLOG KITA MENARIK


assalammualaikum readers!

jangan nak buat aku mati terkejut sebab aku nak tgk final maharaja lawak malam ni,(tapi kalau dah takdir aku redha)perghh tak boleh belah ayat aku...

hokey, tadi aku bukak account formspring,kalau tak tahu formspring tu hape, pergi type down dekat pak long Google tu,so aku dapat satu soalan ni,

macam mana nak buat blog kita menarik?

korang nak tahu aku cakap hape??

NTAH, yela aku bukan ler famous blogger kome nak tanya aku, blog aku pun dah ghope taik hidung kena gentil...

tapi aku boleh le bagi tahu sikit-sikit

#toksah nak letak iklan yang boleh menutup post entry korang
susah bagi orang yang rabun macam aku ni nak baca...

#jgn letak gadjet yang boleh melembamkan org nak baca blog korang.
kalau dapat org yang penyabar tak pe, ni macam aku yang memang tak sabar....

#letak background music
mana tahu orang suka lagu yang korang letak tu, tu yang dia asyik datang tu hehehe

#letak gambar
gambar yang tak berkaitan pun tak hape, otak sukakan gambar*benda yang aku belajar kat PLKN ahahah

#letak font tu bg besar,
kalau tak org yang mata empat mcm aku boleh tambah lagi dua boleh jadi enam, jangan buat kami seperti alien

tu je kot... dah lepas ni jangan nak tanya aku pasal blog-blog ni aku tak terror


BLOG-BLOG YANG AKU SUKA


assalammualaikum readers....

=='
=="
=..=
=.,=
=oo=

aku tak suka rasa mcm ni, nak tau rasa macam mana....rasa bersalah...tak caya aku rasa bersalah...mmmm

let's cekidaut!!


tak pahamkan, meh aku nak terangkan...

nampak tak round merah tu..=..= retis tu...memang korang tak kenal sebab mereka ni blogger perak *BP,aku tak faham mengapa mereka follow aku...aku hanyalah insan yang lemah(selemah anak gajah yang baru lahir) yg buat aku rasa bersalah , sebab aku tak follow mereka tapi mereka follow aku.. =..= berdarah hidung aku tgk KSP , pak cu penyu,kak ruzz yg vogue dan opah-opah dari BP,

gua nak cakap gua terharu(berdarah lubang hidung dan telinga)

ni bukan benda utama aku nak post..hokey back to the topik

aku suka blog-blog yang....

#1: bukan blog yang suka mengata blogger lain
==' macam budak-budak tadika, kalau ada org buat kat korang tak yah la nak buat serangan balik,tak mature doe!

#2:blog yang gadis-gadis yang pinkish-pinkish tu,
comel sebab aku suka kaler pink, tp aku tak suka kalau blog aku kaler pink

#3:blog yang ada bagi tips dalam love-love
Contoh: TheOtherKhairul,Terfaktab,dan mana-mana berkaitan

#4:blog gossip
cuba bg tahu siapa tak suka gossip, katak bawah tempurung pun jeles sebab tak dapat tahu gosip

#5:blog masak-masak
hehe aku suka sebab aku boleh try masakan baru....kalau lapar pun aku selalu jugak pergi kesitu untuk melapik perut.

#6:blog yang bagi download filem free
tak payah susah aku nak cari pirate hhehe


dah.



CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA



assalammulaikum readers

sekarang ni memang masih lagi demam NORA ELENA, tak caya???meh tengok ni....


opah dari daerah Manong

aku:opah,opah selalu buat apa ye petang-petang???

dia:petang...selalu opah tido ler...tapi baru-baru ni opah layan cerita NORA TAN tu

aku:NORA TAN??? ceriter ape tu opah...

dia:alah kamu ni, itu pun idok tau ke, cerita Set Set tuu

aku:ohhh tu NORA ELENA, bukan NORA TAN..

dia:ape-ape je le... tapi aku bekenan bebenor dengan Set tu, kalo le atok kamu ghope tu...seronok sikit opah..

aku:kenapa opah...

dia:ye le, kalonye dia tgk aku tertido depan tibi,boleh le dia ngangkat aku...

tengok aku tak tipukan...sampai opah pun suka dekat Set Set tu ahahah

aku juga ada post dekat Blogger Perak...

aku ingat hanya perempuan yg akan jawab , tetapi ada juga yg tidak ketinggalan menyatakan hasrat,tak caye???meh tgk

see, aku dah cakapkan....tapi memang benar KSP adalah lelaki idaman bagi pasangan beliau...

ok sekarang ni bukan ni yg aku nak bincangkan...aku just nak bagi tahu ciri-ciri lelaki idaman kami...again kami a.k.a. girls la ....

#1: setia
korang pun nak perempuan setia dekat korang, so korang setialah dekat kami kerana kami akan sentiasa setia pada anda...

#2 : jujur
akceli kalau pada akulahkan...jgnlah terlalu jujur sgt bukan apa kalaulah kalau hokey

gf korang maybe terlupa pakai deodrant, then ketiak dia masam sedikit korang jgn lah ckp

"ishh kau ni busuklah, kalau nak dating dengan aku wangi-wangilah sikit"

ada bnyak cara korang nak tegur tanpa melukakan hati kami...
macam ckplah..."eee I ada tercium bau busuklahh you eyy ni busukk"

haaaa so kami pun tak de lah nak terasa dan korang susah-susah nak pujuk kami....

#3:romantik
siapa yg tak nak lelaki romantik ni??secara purata yang aku dapat tengok lelaki memang 101% romantik sewaktu ingin mendapatkan wanita yg mereka sayangi, tp kenapa selepas dapat korang dah romantik dgn kami... sedih .......

#4:penyabar
mmm yang ni mcm susah nak carikan, ok kami paham kamu semua ada ego, tp bolehkan kamu turunkan sedikit ego kamu untuk perempuan kesayangan kamu...kami tahu kami..... ehh tak boleh guna kami, macam aku...selalu marah-marah...tapi kami ada sebab kami marah..kadang-kadang hormon kami tak stabil...

yang lain-lain tu terpulang kepada girls itu seniri...aku tulis yang common je...tp kalau aku nak demand...hehehe aku nak lelaki macam AST...korang kenal tak??

tak kenal sudah...