26 June 2011

KENAPA LELAKI CURANG??

assalammualaikum readers!

Pernah tak korang terfikir, kenapa lelaki curang?… Adakah mungkin kerana perempuan lain lebih hot lagi?

Ramai perempuan menjawab,

“Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!”

Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan perempuan merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

pada aku, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.

“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”

memang macam tuuttttt


You know, kadang-kadang tu aku seniri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan,

“I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari 'Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan alasan basi yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa first-first kapel and masih cintan-cintun…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”

alahai sweetnya dia...maniskan kurma itu

Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…


“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”


Aiih…cepat bebenor berubahnya ya… Tapi relax arrr…bukannya aku nak menyalahkan sesiapa cuma aku seniri curious and wondering, why do men cheat on women?!
mungkin perempuan dah lali dengan tagline ni
kami insan lemah,
=..=

Tidak ingatkah janji korang pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan perempuan?…Ada aku tanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam.

“Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”

Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?”

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi aku kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”

”Ai, Encik Tam…biar betul!”

“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

korang berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila korang bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…korang akan JEMU jugak akhirnya.

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah perempuan yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!





Nasihat aku kepada lelaki :

Carilah wanita yang benar-benar korang suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang korang akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then aku pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.
jangan nak gelak sangat dekat aku noooo

Nasihat aku kepada yang sejenis :

Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan korang agar pasangan korang tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan korang tuuu…

Alright semua…so, apa pendapat korang?…tak kisahlah apa pun pendapat korang, asalkan korang hepi




6 comments:

cucu umie said...

harap2 kelak tidak akan berlku curng..walopon xad iktn suami isteri lagi..hoho

Shuu Hrdn said...

hahaha baguslah :)

syrupmasin said...

curang sebabdyorg masuk contest kot..*err..ape merepek nih?? :D

Shuu Hrdn said...

err haha baru nak tnya....

Faez Rusni said...

hope pilihan yang ade nie..tepat

Shuu Hrdn said...

futuhh jiwang time