"awak...awak pakai handphone ni boleh???mmmmm senang awak nak call mak awak..mesti dia risau tak terima khabar dari awak, senang juga awak nak call saya nanti....."semakin lama nada suara Edry semakin perlahan....
"call awak??"
"ehhh tak call kawan awak.."Edry kelam-kabut menipu, dia tidak pernah berasa gementar apabila bercakap dengan perempuan dahulunya kini telah berubah apabila dia bercakap dengan Sara..
"terima kasih..."
"sama-sama....awak tak rindu kampung???mak awak??"
Sara hanya menganggukkan kepalanya....
"nak balik kampung tak???"
Sara hanya membisu, tetapi Edry faham perasaan Sara....
"Paa, Iman nak ambil cuti this weekend boleh??"
"Kamu tu tak payah mintak cuti pun tak apa, Papa dah faham dah kamu tu macam mana...."
panggilan itu dimatikan serta merta oleh Dato' Ismail...
"kita nak pergi mana ni Iman.."
"balik kampung awaklah...."
"awak ikut sekali???"
"ye..."
"habis tu apa saya nak cakap dekat mak dengan ayah saya pasal awak..."
"awak jgn risau yee, saya akan cover semua"Edry membalas dengan senyuman.
"assalammualaikum mak abah...."Sara mencium tangan ibunya yang sedang meraut lidi di pangkin rumah....
"waalaikumusalam..Sara....kakak kamu sihat???ehh ni siapa pula ni??"Mak Timah mencium pipi anak kesayangan anaknya...
"assalammualaikum mak..."Edry memberi salam..
Mak Timah bertambah pelik."apa yang kau dah buat dah ni nak???"-Mak Timah bertambah risau
"ehhh , bukan macam tu mak, biar Iman terangkan....sebenarnya Iman kawan sepejabat dengan Sara....Iman memang mencintai Sara, Iman minta maaf sebab menikahi Sarah awal sebab ayah Iman ada hal ke luar negara, jadi kami tak sempat beritahu mak yang kami sudah bernikah....Iman harap mak maafkan kami ye..."balas Edry dengan dengan lembut....
"oh....macam tu....mak ingat apa tadi, ingatkan Sara ni buat perkara tak elok..."
Sara mengalihkan pandangan ibunya.."mak....abah mana??"
"abah kamu pergi kesurau...masuklah ehh apa ke nama laki kamu ni Sara.."
"panggil saya Iman mak"
"ohh Iman, haa masuklah kedalam dulu ye.."
"hehe pandai tak saya ambil hati mak awak...."
"awak tu mmg buaya darat..."
Edry terdiam mendengar Sara mengata sedemikian....
"wahhh..... cantiknya sawah padi ni abah..."
"memang cantik pun bagi org Kuala Lumpur macam kamu, tp macam kami org kampung ni dah biasa dah..."
"abah, Iman nak pergi sawah padi boleh tak???"
"petang nanti kita pergi dengan anak-anak sedara kamu tuu"
Edry tersenyum mendengar kata-kata bapa mertuanya itu, dia sememangnya tidak pernah ke sawah padi...
"mak sukalah dengan Iman tu...baik budaknya...pandai ambil hati orang tua, pandai kamu cari laki Sara...dia tu tak ada adik beradik ke???"
mak tak tahu lagi perangai dia kat KL mak, dia tak sebaik yang mak sangka
"dia anak tunggal mak..."
"Acu Man, jomlah masuk kat sini..."pelawa anak-anak saudaranya,
"kejap-kejap Acu pergi tukar baju kejap...."balas Edry..
"alah tak payah tukar baju la Acu Man, macam ni pun dah boleh"akhirnya Edry di tolak anak saudaranya, tersungkur dia kedalam lumpur.....
"ohhh main kasar ya..."Edry memang cepat mesra dengan org yang baru sahaja dikenali, tambahan pula dia memang gemar akan kanak-kanak...
"tengoklah laki kamu tu... mcm tak pernah jumpa sawah bendang, dah macam kerbau mandi lumpur dah mak tgk..."
Sara hanya melihat gelagat Edry,macam manalah dia boleh teriima kehidupan kat kampung ni....
"Iman masuk!!!! dah senja dah....."
"Acu, Nek Mah surh masuklah tu..."
"ok ok esok kita sambung lagi ok "
bersambung......
No comments:
Post a Comment