30 June 2011

BYE,TATA,SAYONARA



assalammualaikum.




p/ass : tolong tengokkan blog busuk aku ni sepanjang aku tak ada kat blog sphere :')
i love you blog!



29 June 2011

NO TITLE #4

keseronokan seorang dewasa ialah bila dapat gaji di hujung bulan.

keseronokan seorang pelajar ialah bila loceng tamat kelas berbunyi.


NO TITLE #3

Cinta tidak pernah berpisah dengan setiap manusia kerana ia bakteria semulajadi dalam sistem imunisasi manusia.


NO TITLE #2

Aku Tidak Mahu diingatkan bila aku lahir,Tapi aku mahu diingatkan yang aku akan mati!


NO TITLE

USIA ADALAH APA YANG DIKANDUNG MINDA BUKAN BILANGAN LILIN DIATAS KEK.



28 June 2011

SALIH YAACOB CERAIKAN SEORANG ISTERINYA.




assalammualaikum readers !

hari ni, hari jujur aku, aku nak jujur ,yeahh, aku nak jujur sebab hari ni hari jujur aku, disebabkan hari ni hari jujur aku aku nak jujur.yeah ni adalah rasa jujur aku, sebab aku nak jujur, jujur tapi bukan cucur!

ahahaha, berapa banyak jujur dahh!

sebab aku nak jujur : aku nak orang tahu
kesan aku jujur : mesti ada yang sentap, maaf ok

satu je aku nak jujur hari ni ,nampak tak bawah ni???

@1

@2

@3


@4

pahamkan, maaf la , aku tak ada perangai macam Salih Yaacob tu, I Follow tu =.,= so jgn sesekali nak suruh orang follow blog korang, aku tak mewajibkan pun korang follow blog aku

p/s : maaf kepada yang terasa...

DATO' SITI JOIN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0???



assalammualaikum readers!

yo...tadi aku jumpa satu MV yang best, aku tahu pada korang benda ni tak hot dah, tapi tak kisah, aku jarang layan music Malaysia-org tak sedar diri rope ni lah, hehe...tapi aku sukalah lagu yang Noh buat ni, dia kritik sosial, tak kisahlah dia tiru Scott Pilgrim ke, tak kenal siapa meh sini??


cerita dia best tapi bukan ni yang aku nak cakapkan.

dan mungkin ada jugak yang kata Hujan tiru MV husband I tak caya???meh sini.

yeah, yang rambut merah tu nama dia Gerard Way, tapi dah masuk Islam,nama dia Ghazali Way,dia akan melangsungkan perkahwinan dia dengan aku 5 tahun lagi.hape??aku tipu, memanglahh


tapi inilah hasil anak Malaysia, aku bangga jadi anak Malaysia,dan lagu pun banyak hidden moral, bagus aku bagi 4 stars!


p/s : lagu yang bagus, adalah lagu yang ada moral value.

GAMBIT SAIFULLAH MEMANG EGO NAK MAMPOS

title memang tiada kaitan dengan entri , harap maaf.

assalammualaikum readers,

hokey today aku nak share dengan girls la en...kita selalu pelikkan and selalu je tanya diri seniri

"apesal makhluk Allah(lelaki) ni terlalu ego sangat"

ekceli, kita semua dah tahu lelaki sememangnya dilahirkan dengan sifat ego, thats whylah mereka selalu jadi ketua.sebab ego nilah mereka tetap pendirian dan dan tak beremosi atau nak lagi senag faham konsep "mampos kaulah".kalau perempuan pulak kita akan banyak mcm ni"alah kalau I buat macam ni nanti diorang pikir apa??" haaa tulah perempuan selalu fikir pasal orang lain,-ok malas nak cakap panjang-panjang

cara untuk menurunkan ego lelaki

lets cekedaud!

#1 : iyekan semua yang diorang cakap tu,even kita tak setuju benda tu or benda tu salah just ya kan aja, sebab lama-lama nanti diorang akan sedar yang diaorang tu salah.

#2 : kalau dia ego macam tak nak cakap i love you tu ce try cakap....."bilalah I nak dapat I Love You dari youkan, haih...kempunanlah I"

#3 : cuba jangan hiraukan mereka buat seketika, alah tahu susah nak buat macam tu tapi trylah, confirm dia akan cari kita balik.

#4 : gunakan girls power, air mata tu lah senjata kita, tapi ingat jangan guna selalu sebab lelaki bosan tgk kita nangis. yeah lelaki memang cepat bosan.

antara lelaki yang kurang ego,
cinta dapat kurangkan ego
betul ke???





p/s :lelaki jgn terlalu ego risau nanti menyesal


27 June 2011

SENTAP AKU DENGAN AARON AZIZ !

assalammualaikum readers!

tadi aku pergi The Mines sebab Aaron Aziz ajak datang lepak,dia kata nak belanja aku naik boat sama-sama, aku tunggu setengah jam dia tak datang-datang,tak caye???memang aku tipu pun.
entry tiada kaitan dengan gambar dan title, harap maklum, ahahahahaha


aku nak cakap : aku hide group BP kat fesbuk.
sebab aku buat : aku butthurt dgn sorang minah ni,
langkah yang aku amik : diam sampai hati aku ok, (ikutkan hati nak je belah, silap ada orang yang aku respect kat situ)

mood : malas aku nak layan

tujuan asal aku post entry :BLOG YANG PALING CEPAT LARIS

hokey, sorry teremo kejap, kejap je lagi pun biarlah blog I,dem!!!ahahah.tadi aku blogwalking, aku tak tahu lerr asal aku BW je mesti dekat blog yang berunsur 18sg, =..= kurkur(bunyi burung hantu) seriuslah weh , kalau 1 atau 2 aku boleh le tahan hidung aku daripada berdarah, ni nak dekat 50% blog yang aku BW tu semua pasal porno, errr ntah malas nak eleborate,pandai-pandai ler korang pikir mana baik mana buruk

antara blog yang cepat laris

#1 : blog perempuan cantik,sexy,hot setapp,comey lote,kiut miut.

#2 : blog gossip,information,berita,download movie.

#3 : blog artis,retis, dan semua yang tis tis

#4 : blog yang cerita pasal 18sg dan yang berkaitan

#5 : blog yang buat entry untuk mengumpat, *pasal tudung, pasal baju,pasal tak suka, pasal tak suki =.,=

jadi , blog korang yang mana???



CINTA ITU LOVE


assalammualaikum readers!

before baca post aku yang ni, silalah pilih lagu mana yang korang berkenan,sedap tau, aku prefer num 2 tu, heee ENJOY!

yang ni atau...



today, aku nak mengupas satu isu yang biasa dan sesuatu yang kita suka, (maaf ayat intro aku memang tak boleh belah skema).aku confirm korang tahukan , yeahh its all about LOVE.
sekarang ni kalau korang tengok budak-budak tadika pun dah tahu bercintakan.tapi at that level we do not call it love, kalau kat situ more to friendship.so guys pada korang whats is mean by LOVE??

maybe ada yang cakap:

@bila kita cakap i love you ,tu la love

@kita asyik teringat dekat org tu sepanjang masa.

and many morekan, korang pun ada jawapan for that.

cinta(aku prefer guna love)love ni something yang subjective and universal.Love ni ada sejak kita lahir ke dunia lagi, yeahh sebab tgk kita kecik-kecik dah tahu sayang parents kita...kalau diorang tak ada kita menangis, love ni sebenarnya mahal,bukan semua orang dapat love,bukan semua orang dapat mencintai dan dicintai.


love is beautiful, yes of course kita tak boleh nampak love tu, tapi kita dapat rasa love tu mcm mana, betul tak??tapi love is killing kalau kita salah gunakan love.

cinta itu mengharapkan balasan.cinta yang menerima balasan akan lebih indah, tapi cinta yang tidak berbalas akan menyembabkan hati kita pedih, sebenarnya kita tak sedar, yang pedih itulah love..love tak semestinya happy...tak sentiasa bahagia, tak sentiasa berbalas...

cinta tak semestinya cinta kepada manusia,tapi cinta pada maha pencipta, cinta kepada haiwan,cinta kepada alam,so cinta memang universal.

love is not blind, tapi orang yang bercinta tu yang buta disebabkan cinta...cinta itu perlukan pengorbanan,tapi korang jgn nak korbankan maruah dan keluarga korang hokey!

pada aku love ni terjadi bila:

#1:kita ada list lelaki idaman/wanita idaman tapi someone yang kita loved tu tak ada pun ciri-ciri idaman kita tu, kalau ada pun 1/2 mcm tu.

#2:orang yang kita loved tu buat kita gembira,eksited,sedih,menangis<----thats what we call love.

#3:kita boleh terima baik buruk seseorang yang orang lain tak boleh nak terima

#4:kita sanggup berubah untuk orang yang kita love, yeah for example, kalo before this kita kaki smoke,so partner kita tak suka kita smoke kita akan berusaha untuk berhenti....


love is not hurting kalau kita pandai menjaganya....memang betul kita akan di uji dengan pelbagai ujian , tapi ingat semua tu adalah ujian untuk menguji tahap cinta kita pada seseorang.




ada banyak jenis cinta antara yang feymes:

@cinta monyet
ni bukan monyet yang bercinta tetapi ini adalah cinta remaja, cinta time sekolah, kebanyakan cinta monyet selalunya terkandas, tetapi tak di nafikan ada jugak yang berjaya.selalunya cinta monyet ni sebenarnya perasaan ingin mencuba kita terlalu meninggi, bila tgk kawan kita kapel, kita pun teringin nak ada, even sebenarnya kita tak cinta pun org tu, tapi itulah lumrah remaja, sentiasa ingin mencuba.kita biasanya tak fikir panjang yang dekat universiti, kolej tempat kerja banyak lagi pilihan yang boleh buat rambang mata , hehehe

@cinta sejati
ermmm yang ni maybe cinta dekat u atau kolej KOT, hahaha aku highlight KOT sebab yelah its all Allah works kan, selalunya cinta sejati ni more to jodohlah, ada yang kapel kat U sekali clash and kawin dengan orang lain, tapi dah jodoh after kawin maybe cerai dan kawin balik dengan kapel dekat U tu kan, tulah baru cinta sejati namanya.

hokey tu jelah pendapat aku pasal LOVE ni, pada aku LOVE is sweet, korang pulak???




26 June 2011

KENAPA LELAKI CURANG??

assalammualaikum readers!

Pernah tak korang terfikir, kenapa lelaki curang?… Adakah mungkin kerana perempuan lain lebih hot lagi?

Ramai perempuan menjawab,

“Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!”

Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan perempuan merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

pada aku, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.

“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”

memang macam tuuttttt


You know, kadang-kadang tu aku seniri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan,

“I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari 'Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan alasan basi yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa first-first kapel and masih cintan-cintun…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”

alahai sweetnya dia...maniskan kurma itu

Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…


“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”


Aiih…cepat bebenor berubahnya ya… Tapi relax arrr…bukannya aku nak menyalahkan sesiapa cuma aku seniri curious and wondering, why do men cheat on women?!
mungkin perempuan dah lali dengan tagline ni
kami insan lemah,
=..=

Tidak ingatkah janji korang pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan perempuan?…Ada aku tanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam.

“Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”

Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?”

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi aku kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”

”Ai, Encik Tam…biar betul!”

“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

korang berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila korang bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…korang akan JEMU jugak akhirnya.

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah perempuan yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!





Nasihat aku kepada lelaki :

Carilah wanita yang benar-benar korang suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang korang akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then aku pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.
jangan nak gelak sangat dekat aku noooo

Nasihat aku kepada yang sejenis :

Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan korang agar pasangan korang tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan korang tuuu…

Alright semua…so, apa pendapat korang?…tak kisahlah apa pun pendapat korang, asalkan korang hepi




25 June 2011

SIAPA LAGI PERASAN, M vs F


assalammualaikum.

yo readers, entry before this panjangkan,malas nak cakap lagi, nanti aku sakit hati hokey ,aku ada soalan femes nak tanya ni,

antara lelaki dengan perempuan siapa lagi kuat perasaan eyy???

kalau tanya perempuan jawapan dia:
lelakilah perasan..ewww menyampah I

kalau tanya lelaki:
boleh lagi ko tanya aku soalan bodoh ni, confirm-confirm perempuan doe.

tapi pada aku:
lelaki ke perempuan ke dua-dua memang cepat perasan,

aku ada bukti nak kata yang kedua-dua jantina ni saling perasan,

#1:perempuan perasan dan terlalu tunjuk yang dia tu perasan


status yang sengaja mencari pasal

#2:lelaki memang perasan, tapi diorang simpan dalam hati,and maybe jugak di sebabkan ego diorang yang tinggi melambung sampai mereka tak layan perasan mereka tu...jgn ler nak tipu..ce kalo wanita-wanita hot tgk kt korng,padahal mereka tak tgk korang pun,balik bilik cerita la tu dekat member bilikkan hehehe

so guys and babes, dah-dah la drpd bertengkar pasal benda ni, terimalah kenyataan yang kita ni memang golongan perasan

P/s: tapi jgn lah tunjuk sgt yang kita ni perasan terutama kaum wanita mcm aku, malu mak nanti..


TEGURAN BUAT SAUDARA SE-ISLAM

assalammualaikum,

khas buat kamu Lovesucks

Mengutuk atau melaknati sesama muslim adalah perbuatan yang sangat dilarang agama. Sebab orang yang melaknati sesama muslim bererti telah mendoakan sesamanya untuk mendapatkan kecelakaaan. Padahal dia sendiri sama sekali tidak akan merasa rela bila dirinya didoakan mendapatkan kecelakaan oleh orang lain. Perihal larangan melaknat sesama muslim, Rasulullah telah menegaskan :

"MENCACI MAKI SEORANG MUSLIM TERMASUK PERBUATAN FASIK, DAN MEMBUNUH SESAMA MUSLIM ADALAH TINDAK KEKUFURAN." (HR Imam Al-jamaah, kecuali Abu Dawus daei Inmu Mas'ud)

Dalam riwayat lain Rasulullah juga telah menegaskan :

"MELAKNAT SEORANG MUKMIN ADALAH SAMA DENGAN MEMBUNUHNYA" (HR Bukhari daei tdabit bin Dhahak)

Apabila seorang melaknat orang lain, padahal yang dilaknat itu tidak selayaknya untuk dilaknat, maka laknat tersebut akan kembali kepada orang yang melaknat tersebut. Rasulullah telah menegaskan :

" Apabila seorang melaknat sesuatu, maka laknat itu akan dinaikkan kelangit, sehingga seluruh pintu-pintu langit terkunci. Kemudian laknat itu kembali ke bumi, sementara seluruh pintu-pintu bumi telah terkunci. Lantas laknat itu melenggang ke kanan dan kekiri mencari tempat kosong. Ketika laknat tersebut sudah tidak mendapatkan tempat yang kosong, maka kemudian mencari orang yang dilaknat. Bila orang yang dilaknat pantas untuk mendapatkan laknat, maka bersemayamlah laknat itu kepada orang yang dilaknat. Tetapi kalau orang yang dilaknat tidak pantas mendapat laknat, maka laknat itu kembali menimpa kepada orang yang mengucapkan laknat (HR Abu Dawud dari Abu Darda)




Untuk itu hati-hatilah wahai kaum muslimin . Jangan suka melaknat sesama. Sebab kalau orang yang kita laknat tidak pantas mendapatkan laknat, maka laknat itu akan menimpa diri kita sendiri. Sekali lagi Hati-hatilah kita !

Ingatlah bahwa Rasulullah sangat membenci orang yang melaknat terhadap sesama. Ada dikisahkan dalam kitab shahih muslim , bahwa pada suatu ketika Rasulullah berada dalam perjalanan. Tiba-tiba ada seoranng wanita dari kalangan sahabat Anshar yang mengendarai unta. Sayang untanya kurang cekatan, sehingga dia melaknat unta yang dinaikinya. Mendengar hal tersebut Rasulullah lansung memerintahkan :"Panggil dan berilah hukuman wanita itu. Sebab dia termasuk wanita yang dilaknat Allah". Sebab tidak selayaknya bagi seorang mukmin melaknat terhadap makhluk atau orang lain. Rasulullah telah menegaskan :
"Bukanlah orang mukmin yang sempurna orang yang masih suka mencerca, suka melaknat, suka berbuat keji, dan suka berbicara kotor" (HR Muslim)

Diantara sekian banyak orang yang dilaknat Allah dan Rasulnya adalah : Orang yang melaknat kedua orang tuanya, orang yang berkata kasar terhadap ibunya, orang yang menjerit-jerit ketika mendapat musibah, orang yang bersolek diluar batas kewajaran, orang yang menyesatkan orang buta dijalan, orang yang menggauli binatang, orang yang melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan kaum Luth( homoseks, lesbi atau sodomi), orang yang menggauli istri dibagian dubur, orang yang memimpin sekelompok kaum sementara kaum itu sendiri tidak mencintainya, seorang istri yang diajak bersenggama dia menolak sehingga suami merasa kecewa, orang yang menyemblih binatang tanpa menyebut nama Allah, orang yang mendengar suara azan dia tidak menjawabnya, orang yang mencuri, orang yang berkata kasar terhadap sahabat nabi, wanita yang mempertontonkan aurat dan perhiasannya didepan lelaki lain selain mahram, orang yang mengambil nasab ( garis keturunan) kepada orang yang bukan ayah kandungnya, orang yang meninggalkan amar makruf nahi munkar, dan masih banyak lagi.

dalam hal ini Rasulullah telah menegaskan : "Enam manusia dilaknat oleh Allah dan Rasulnya : Orang yang tidak percaya terhadap takdir Allah, Orang yang merubah kitab Allah (Al-quran), Orang yang sengaja merendahkan Allah, orang yang menghalalkan barang haram, Orang yang menghalalkan ( merekayasa) hukum-hukum yang telah diharamkan Allah, dan Orang yang meninggalkan sunnah Rasul"

Rasulullah juga melaknat orang yang berzina dengan isteri tetangga, orang yang melakukan onani, Orang yang menikahi ibui dan anak tirinya, orang yang melakukan suap menyuap, orang yang merahasiakan ilmu, dan Orang yang menghina sesama muslim.
Naudzubillah.



Sudah menjadi kesepakatan para ulama bahwa melaknat sesama muslim hukumnya haram. Sedangkan melaknat orang yang memiliki sifat tercela, maka tidak ada larangan dalam agama, seperti Semoga Allah melaknat orang-orang kafir, orang-orang zalim,orang-orang yahudi dan nasrani, orang-orang yang fasih dan orang-orang yang menentang hukum Allah.

Oleh karena perbuatan melaknat itu sangat dilarang agama, maka kita sebagai muslim harus hati-hati dan waspada dalam bertindak. Lebih-lebih ketika emosi sedang memuncak, harus benar-benar dikendalikan, jangan sampai bersumpah serapah pada orang lain. Sebab bila hal itu terjadi, berarti kita telah terperosok kejurang yang sangat menyesatkan. ... .........
Ya Allah bersihkanlah hati kamidari segala bentuk kesyirikan dan jadikanlah diri kami sebagai orang yang dicintai oleh sesama manusia dan dapat pula mencintai mereka.
Ya Allah Lindungilah diri kami dari segala bentuk perbuatan maksiat yang menjadikan-MU murka kepada kami.... Amin Ya Allah.... Amin Ya Rabbil alamin...

terima kasih disini

cadangan aku:apa kata kamu pergi convert dan teruskan mengumpat kami umat Islam.
aku dan umat Islam yang lain berpecah belah apabila kamu berbuat sebegini, aku hormat kamu hendak mengutuk umat Nabi Muhammad S.A.W
tapi ingatlah Lovesucks dosa kamu lebih besar daripada membunuh.


‘‘Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

p/s:semua orang tak sempurna semua buat salah.


biarpun kita tak kenal , kamu masih saudara seagama dengan aku.


PEREMPUAN SUKA LELAKI HANSOME DAN KAYA


Assalammualaikum..
yo readers.....

tadi semasa berbasikal di blogsphere aku terjumpa blog yang dalam kesedihan...well dia seorang blogger lelaki, aku jaranglah jumpa blogger lelaki yang bercerita tentang love, yeah LOVE. maybe dia terlalu sedih sehingga mencerita di dalam blog...so dia ni sedih sangat sampai dia sempat tanya dekat aku

betul ke perempuan hanya suka lelaki kacak,tampan dan segala yang berkaitan.

hokey secara jujurnya...kebanyakkan kami tidak memandang paras rupa untuk menyukai korang.....tapi tak dinafikan , ada jugak yang mementingkan paras rupa dan tidak dilupakan harta $$ hahahaha.perempuan ni mudah tertarik pada:

#1:keikhlasan..
tapi ingat keikhlasan bukanlah sekadar hangit-hangit tahi itik ok

#2:cara melayan kami.
yang ni korang memang menang pada awal perkenalan, tetapi terkandas pada pertengahan hubungan,ni maybe sebab rasa kebosanan yang melampau kot dalam diri korang,

#3:sangat understanding.
kami akan suka lelaki yang melyani kami as a girlfriend but not a daughter.korang fahamkan.....

#4:tidak tergopoh-gapah..
korang janganlah nak menipu tapi nampak sangat,yeahh perlu ke korang cakap "err babe..i love you"benda korang baru je add kitaorg a few minutes ago kat fesbuk, no need lah nak cakap macam tu, bende tu akan buat kita org rasa ,erghhh pervert!!

kalaulah korang ada semua benda ni percayalah perempuan cantik macam ......macam..... arghhh sapa-sapalah...confirm akan suka dekat korang..

lelaki hansome+perempuan hot -understanding=tak lama

lelaki kureng hansome+perempuan hot+understanding=tahan lama

lelaki kureng hansome+perempuan hot-understanding=memang tak go on


PERLU KE KAU SEPAK KUCING TUU


Assalammualaikum, yoo readears....

aku memang tak puas hati betul, kalaulah dunia ni tak ada undang-undang dah lama aku tembak kepala orang tu bertubi-tubi,akceli pagi tadi aku teman mak aku pergi pasar , beli sesayur dengan ikanan(tolonglah percaya yang aku pergi pasar).well aku biasanya menyampah nak pergi kat tempat ikan-ikan tu ,busukkan...tapi korang bayangkan masa aku jalan-jalan tu bole ada seorang uncle selamba ikan pirana dia sepak kucing yang tengah jalan...

aku ni memang pantang sikit tengok siapa yang berlaku kejam dekat kucing,

hello , kucing tu tak ada akal macam manusia la noob

seriusly said aku memang tak suka siapa yang tak suka kucing, tapi kalau diorang ada trauma or whatever tak kisahlah, but janganlah sampai nak sepak-sepak kucing , aku sepak ko tu karang....
aku ada ceritalah nak cerita dekat korang,

#1:bapak aku langgar kucing kesayangan aku sampai mati.
benda ni jadi 9 tahun yang dahulu, aku ingat lagi nama kucing tu...Tam Tam...bapak aku time tu dia nak pergi mancing, punya la dia eksited sampai ada kucing kat bawah kereta pun dia tak perasan tapi kucing tu pun pergi duduk dekat tayar tu siapa suruh tp kucingkan tak ada akal,akhirnya tamatlah riwayat kucing tu apabila bapak aku melenyek kucing tu dan dia mengelupur setengah jam
nasib bapak aku:bapak aku dibanned selama seminggu, kami semua tak makan dengan bapak aku, bapak aku makan sorang-sorang, bapak aku dibanned hanya seminggu kerana mak aku tak ada duit nak beli barang dapur lalu menggoda bapak aku,yang tu aku tak masuk campur noooo...

#2:kucing yang kehilang kedua-dua belah tangan beliau.
yang ni memang sedih gila,sekolah rendah aku dulu dekat dengan taman rekreasi, so kat situ ramai la orang buang-buang kucing dekat situ, then satu hari ni, aku pergi sekolah awal sebab mak aku ni terover punctual, pastu aku ternampak ada satu guni kena ikat, guni tu bergerak-gerak...aku pun pergi lah bukak , korang tahu dalam tu ada apa??seekor kucing yang sangat comel tetapi kedua-dua tgn beliau diikat dengan tali sehinggakan tangan dia mati, sebab darah tak jalan kat situ....aku lari-lari kat mak aku sambil dukung kucing tu dekat mak aku, mak aku pergi bukak tali tu tengok dia tak boleh jalan dengan tangan dia,kalau korang tengok memang sedih gila, mak aku simpan kucing tu dekat kantin sekolah so dia adalah makanan, tiap-tiap hari aku jumpa dia sapu ubat gamat, tangan dia berulat dan akhirnya kudung selepas menjalini proses decomposition...
akibat pada kucing tuu:kucing tu tibak berjalan tetapi dia hanya melompat-lompat kecil seperti kanggaroo, dan akhirnya kucing itu mendapat nama Aroo sempena cara bia berjalan, tolonglah jgn buli kucing,mereka tak ada akal.

#3:kucing disimbah dengan minyak panas.
selalu terjadi di gerai makan, membela kucing untuk melepaskan geram, bila customer tiada,kucing yang jadi mangsa, whats the point ko nak buat kucing macam tu, tunggu jela akhirat nanti...

gambar sekadar renungan bukan hiasan,

p/s:kucing sentiasa mendoakan rezeki kepada tuannya....


24 June 2011

MACAM MANA NAK BUAT BLOG KITA MENARIK


assalammualaikum readers!

jangan nak buat aku mati terkejut sebab aku nak tgk final maharaja lawak malam ni,(tapi kalau dah takdir aku redha)perghh tak boleh belah ayat aku...

hokey, tadi aku bukak account formspring,kalau tak tahu formspring tu hape, pergi type down dekat pak long Google tu,so aku dapat satu soalan ni,

macam mana nak buat blog kita menarik?

korang nak tahu aku cakap hape??

NTAH, yela aku bukan ler famous blogger kome nak tanya aku, blog aku pun dah ghope taik hidung kena gentil...

tapi aku boleh le bagi tahu sikit-sikit

#toksah nak letak iklan yang boleh menutup post entry korang
susah bagi orang yang rabun macam aku ni nak baca...

#jgn letak gadjet yang boleh melembamkan org nak baca blog korang.
kalau dapat org yang penyabar tak pe, ni macam aku yang memang tak sabar....

#letak background music
mana tahu orang suka lagu yang korang letak tu, tu yang dia asyik datang tu hehehe

#letak gambar
gambar yang tak berkaitan pun tak hape, otak sukakan gambar*benda yang aku belajar kat PLKN ahahah

#letak font tu bg besar,
kalau tak org yang mata empat mcm aku boleh tambah lagi dua boleh jadi enam, jangan buat kami seperti alien

tu je kot... dah lepas ni jangan nak tanya aku pasal blog-blog ni aku tak terror


BLOG-BLOG YANG AKU SUKA


assalammualaikum readers....

=='
=="
=..=
=.,=
=oo=

aku tak suka rasa mcm ni, nak tau rasa macam mana....rasa bersalah...tak caya aku rasa bersalah...mmmm

let's cekidaut!!


tak pahamkan, meh aku nak terangkan...

nampak tak round merah tu..=..= retis tu...memang korang tak kenal sebab mereka ni blogger perak *BP,aku tak faham mengapa mereka follow aku...aku hanyalah insan yang lemah(selemah anak gajah yang baru lahir) yg buat aku rasa bersalah , sebab aku tak follow mereka tapi mereka follow aku.. =..= berdarah hidung aku tgk KSP , pak cu penyu,kak ruzz yg vogue dan opah-opah dari BP,

gua nak cakap gua terharu(berdarah lubang hidung dan telinga)

ni bukan benda utama aku nak post..hokey back to the topik

aku suka blog-blog yang....

#1: bukan blog yang suka mengata blogger lain
==' macam budak-budak tadika, kalau ada org buat kat korang tak yah la nak buat serangan balik,tak mature doe!

#2:blog yang gadis-gadis yang pinkish-pinkish tu,
comel sebab aku suka kaler pink, tp aku tak suka kalau blog aku kaler pink

#3:blog yang ada bagi tips dalam love-love
Contoh: TheOtherKhairul,Terfaktab,dan mana-mana berkaitan

#4:blog gossip
cuba bg tahu siapa tak suka gossip, katak bawah tempurung pun jeles sebab tak dapat tahu gosip

#5:blog masak-masak
hehe aku suka sebab aku boleh try masakan baru....kalau lapar pun aku selalu jugak pergi kesitu untuk melapik perut.

#6:blog yang bagi download filem free
tak payah susah aku nak cari pirate hhehe


dah.



CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA



assalammulaikum readers

sekarang ni memang masih lagi demam NORA ELENA, tak caya???meh tengok ni....


opah dari daerah Manong

aku:opah,opah selalu buat apa ye petang-petang???

dia:petang...selalu opah tido ler...tapi baru-baru ni opah layan cerita NORA TAN tu

aku:NORA TAN??? ceriter ape tu opah...

dia:alah kamu ni, itu pun idok tau ke, cerita Set Set tuu

aku:ohhh tu NORA ELENA, bukan NORA TAN..

dia:ape-ape je le... tapi aku bekenan bebenor dengan Set tu, kalo le atok kamu ghope tu...seronok sikit opah..

aku:kenapa opah...

dia:ye le, kalonye dia tgk aku tertido depan tibi,boleh le dia ngangkat aku...

tengok aku tak tipukan...sampai opah pun suka dekat Set Set tu ahahah

aku juga ada post dekat Blogger Perak...

aku ingat hanya perempuan yg akan jawab , tetapi ada juga yg tidak ketinggalan menyatakan hasrat,tak caye???meh tgk

see, aku dah cakapkan....tapi memang benar KSP adalah lelaki idaman bagi pasangan beliau...

ok sekarang ni bukan ni yg aku nak bincangkan...aku just nak bagi tahu ciri-ciri lelaki idaman kami...again kami a.k.a. girls la ....

#1: setia
korang pun nak perempuan setia dekat korang, so korang setialah dekat kami kerana kami akan sentiasa setia pada anda...

#2 : jujur
akceli kalau pada akulahkan...jgnlah terlalu jujur sgt bukan apa kalaulah kalau hokey

gf korang maybe terlupa pakai deodrant, then ketiak dia masam sedikit korang jgn lah ckp

"ishh kau ni busuklah, kalau nak dating dengan aku wangi-wangilah sikit"

ada bnyak cara korang nak tegur tanpa melukakan hati kami...
macam ckplah..."eee I ada tercium bau busuklahh you eyy ni busukk"

haaaa so kami pun tak de lah nak terasa dan korang susah-susah nak pujuk kami....

#3:romantik
siapa yg tak nak lelaki romantik ni??secara purata yang aku dapat tengok lelaki memang 101% romantik sewaktu ingin mendapatkan wanita yg mereka sayangi, tp kenapa selepas dapat korang dah romantik dgn kami... sedih .......

#4:penyabar
mmm yang ni mcm susah nak carikan, ok kami paham kamu semua ada ego, tp bolehkan kamu turunkan sedikit ego kamu untuk perempuan kesayangan kamu...kami tahu kami..... ehh tak boleh guna kami, macam aku...selalu marah-marah...tapi kami ada sebab kami marah..kadang-kadang hormon kami tak stabil...

yang lain-lain tu terpulang kepada girls itu seniri...aku tulis yang common je...tp kalau aku nak demand...hehehe aku nak lelaki macam AST...korang kenal tak??

tak kenal sudah...